KK Super Mart jayakan program Penyerahan Bakul Makanan

Penyampaian bakul makanan secara pandu disampaikan oleh Timbalan Menteri KWP, Datuk Seri Dr Santhara secara pandu lalu di lobi Menara DBKL 1 Khamis lalu.
Penyampaian bakul makanan secara pandu disampaikan oleh Timbalan Menteri KWP, Datuk Seri Dr Santhara secara pandu lalu di lobi Menara DBKL 1 Khamis lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - KK Super Mart turut tampil membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam program Penyerahan Bakul Makanan sempena Deepavali.

KK Super Mart dalam satu kenyataan memaklumkan pasar raya itu diberi kepercayaan menyediakan barang keperluan untuk sumbangan kepada 500 penerima yang terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, 20 penerima terawal telah menerima sumbangan itu menerusi konsep pandu lalu di Menara DBKL 1 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri KWP, Datuk Seri Dr Santhara Kumar pada Khamis lalu.

“Setiap penerima hanya perlu berada dalam kenderaan masing-masing dan pandu lalu di hadapan lobi Menara DBKL 1.

“Dijangka kaedah ini akan berterusan untuk pemberian sumbangan pada kumpulan seterusnya sebagai inisiatif mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Katanya, setiap penerima menerima barang makanan kering bernilai RM100, wang saguhati dan pelitup muka.

Hadir sama pada program itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar; Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Anwar Mohd Zain dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai.

Katanya, walaupun menerima impak masalah ekonomi, namun tanggungjawab sosial tetap diteruskan.

Artikel Berkaitan:

“Antara terkini ialah Gerobok Muhibbah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur serta pelbagai strategi kebajikan lain untuk manfaat semua,” katanya.