Koleksi Mercedes-Benz AMG, GLB terkini di Kota Bharu

Pelanggan boleh memandu uji rangkaian ini di Kota Bharu sehingga 2 Disember depan.
Pelanggan boleh memandu uji rangkaian ini di Kota Bharu sehingga 2 Disember depan.
A
A
A

MERCEDES-BENZ menjelajah ke Kota Bharu dengan dengan rangkaian kereta kompak AMG terkini dan penambahan terbaharu dari rangkaian kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pengedar sah Mercedes-Benz di Malaysia, Mofaz Exotic Car Sdn Bhd (MECSB) dalam satu kenyataan memaklumkan, peminat AMG kini dapat merasakan kehebatan rangkaian model AMG yang terdiri daripada hatchback Mercedes-AMG A 35 4MATIC dan A 45 S 4MATIC +, CLA 45 4MATIC + dan A 35 4MATIC.

Kenderaan GLB yang terbaharu turut diperkenalkan ke wilayah pantai timur dan penggemar kereta baru-baru ini dijemput untuk mengalami serta memandu uji rangkaian kenderaan baharu itu di Al Khatiri Kofee, Kota Bharu.

"Sebagai kesinambungan penampilannya di kafe seumpama ini di Kota Bharu, Mofaz menawarkan pengalaman yang lebih santai dan mudah didekati pelanggan. Rangkaian AMG gaya agresif ini memberikan pengenalan yang ideal dunia pemanduan AMG.

"Dengan kewujudan model terbaharu ini, Mercedes-AMG tidak hanya mengetuai segmen pasaran dari segi prestasi, tetapi juga dapat mencapai pelanggan AMG termuda," kata kenyataan itu.

Mercedes-AMG A 35 4MATIC Edition 1 dikuasakan oleh enjin empat liter turbo empat silinder dan memiliki kemampuan untuk bergerak dari sifar ke 100 kilometer sejam dalam 4.7 saat dengan kelajuan maksima 250 kilometer sejam.

Di samping itu, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC + mempunyai kemampuan untuk mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam 3.9 saat dengan kelajuan tertinggi 270 kilometer sejam dan dilengkapi enjin empat silinder cas turbo paling berkuasa di dunia.

Seperti Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC +, varian AMG CLA 45 S 4MATIC + juga dilengkapi power pack baharu yang dihasilkan dengan prinsip 'One Man, One Engine'.

Artikel Berkaitan:

Ia mempunyai kelajuan tertinggi 270 kilometer sejam dan dapat memecut dari sifar hingga 100 kilometer sejam dalam masa 4.0 saat.

GLB baharu yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hujung September lalu mendapatkan reka bentuknya yang bersegi dari G-Class yang ikonik sambil terus menjadi mercu tanda kemewahan sinonim dengan Mercedes.

Pelanggan boleh memandu uji rangkaian ini di Kota Bharu sehingga 2 Disember depan dengan mengunjungi bilik pameran di Jalan Sultan Yahya, Kota Bharu atau menghubungi talian 09-7474100 untuk maklumat lanjut.