[VIDEO] Ahli politik kaut untung: Annuar gesa Hannah lapor polis

Annuar dan Hannah
Annuar dan Hannah
A
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menggesa Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membuat laporan polis berhubung dakwaan ada ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengaut keuntungan hasil pelaksanaan program Wilayah Bebas Berniaga.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Annuar berkata, beliau memandang serius terhadap tuduhan Hannah.

"Saya minta YB Segambut segera buat laporan polis bagi membuktikan beliau tidak berbohong.

"Sekiranya tidak berbuat demikian, beliau dianggap melakukan kesalahan kerana menyembunyikan maklumat mengenai orang yang melakukan kesalahan," katanya.

Hannah menerusi hantaran di Facebooknya semalam mendakwa ada pihak yang cuba mengutip bayaran daripada mereka yang ingin memohon lesen itu.

Katanya, beberapa peniaga kecil telah mengadu terdapat NGO, ahli politik yang sedang giat mengutip wang sebagai yuran ejen untuk membenarkan mereka membuka gerai.

Program Wilayah Bebas Berniaga bermula semalam bagi membolehkan penjaja membuka gerai di mana-mana kawasan yang dilihat sesuai, dengan memohon lesen perniagaan sementara selama enam bulan secara percuma dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar ciapan Annuar di Twitternya.
Tangkap layar ciapan Annuar di Twitternya.

Ia merupakan inisiatif bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN Wilayah Bebas Berniaga: KWP beri jaminan kebebasan berniaga terkawal

Keputusan jadikan Wilayah Persekutuan kawasan bebas niaga dipersoal