Kanak-kanak tiga tahun jatuh tingkat satu kuarters polis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun patah jari kaki dan tangan kanan selepas terjatuh dari beranda dapur tingkat satu kediamannya di kuarters perumahan polis, Seksyen 20, di sini semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, Amar Safwan Shahro Azwan dipercayai terjatuh ketika bapanya yang juga merupakan anggota berpangkat koperal turun membuang sampah.

“Mangsa yang sendirian di rumah dikatakan telah terjatuh dari beranda dapur rumah mereka.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk rawatan dan disahkan mengalami patah tangan kanan dan dua jari kanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, mangsa kini stabil dan sedang dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan: