Trump cipta sejarah baharu

Donald Trump masih belum mengaku kalah kepada pencabarnya, Joe Biden dalam pilihan raya Presiden negara itu. - Foto AFP
Donald Trump masih belum mengaku kalah kepada pencabarnya, Joe Biden dalam pilihan raya Presiden negara itu. - Foto AFP
A
A
A

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih tidak mahu mengaku kalah kepada pencabarnya, Joe Biden selepas pemenang pilihan raya Presiden itu diumumkan oleh media negara itu pada pagi 7 November lalu.

Tindakan Trump yang berusia 74 tahun daripada parti Repulikan itu dianggap akan mencipta sejarah baharu di AS kerana beliau melancarkan satu siri tuntutan undang-undang kerana mendakwa terdapat penipuan undi selain menganggap pilihan raya tersebut sebagai tidak adil.

Pada pagi 7 November itu, Biden daripada parti Demokrat dilaporkan mendapat 290 undi elektoral selepas berjaya mengumpulkan undi tertinggi di negeri Pennsylvania dan Nevada berbanding Trump yang memperoleh 214 undi elektoral ketika pengiraan undi masih berjalan.

Seseorang calon yang mahu memenangi pilihan raya Presiden AS perlu mendapat 270 undi elektoral daripada 583 undi elektoral yang diperuntukkan di AS.

Trump tidak mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Presiden AS itu selepas keputusan pemenang pilihan raya Presiden yang diadakan pada 3 November lalu itu sedangkan Presiden-Presiden negara tersebut sebelum ini mengaku kalah walaupun terdapat perlumbaan sengit dalam merebut jawatan berkenaan.

Dalam pilihan raya Presiden yang dianggap sengit sehingga terpaksa diputuskan oleh mahkamah AS pada tahun 2000, calon Presiden parti Republikan, George W. Bush dihubungi pencabarnya daripada parti Demokrat, Al Gore untuk mengaku kalah selepas malam pilihan raya itu.

Kongres Amerika Syarikat di Washington D. C akan mengira undi elektoral bagi menentukan pemenang pilihan raya Presiden negara itu pada Januari tahun depan. - Foto AFP
Kongres Amerika Syarikat di Washington D. C akan mengira undi elektoral bagi menentukan pemenang pilihan raya Presiden negara itu pada Januari tahun depan. - Foto AFP

Negara itu juga telah melaksanakan peralihan kuasa aman dan normal sejak tahun 1800 apabila Presiden AS Kedua, John Adams kalah dalam pemilihan semula dan telah keluar secara senyap-senyap dari Washington D.C pada awal pagi bagi mengelakkan beliau menghadiri majlis angkat sumpah penggantinya, Thomas Jefferson.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 1896, anggota parti Demokrat, William Jennings Bryan yang mengetahui beliau telah kalah kepada calon parti Republikan, William McKinley telah menghantar

ucapan tahniah menerusi telegram kepada McKinley kerana memenangi pilihan raya Presiden AS.

Bagaimanapun, pada tahun 1916, calon Parti Repulikan, Charles Evans Hughes mengambil masa selama dua minggu untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden AS yang menang untuk penggal kedua dalam pilihan raya Presiden iaitu Woodrow Wilson daripada parti Demokrat dalam satu pertandingan sengit.

Bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyampaikan ucapan kepada para penyokongnya dengan mengaku kalah kepada Trump pada 9 November 2016, sehari selepas keputusan pilihan raya Presiden dikeluarkan.

Menurut portal berita NBC News, Trump mengkritik tindakan media yang mengumumkan Biden, 77, sebagai pemenang pilihan raya Presiden berdasarkan kepada undi elektoral yang dimenanginya.

Undi elektoral itu dikira berdasarkan peruntukkan undi yang diberikan kepada satu-satu negeri yang telah dimenangi oleh seseorang calon Presiden AS melalui undi popular.

Misalnya, jika Trump memenangi undi paling banyak di Florida, beliau akan menang undi elektoral yang telah diperuntukkan iaitu sebanyak 29 undi.

Bilangan penduduk di sesebuah negeri atau kawasan pentadbiran di AS seperti daerah Columbia yang menempatkan Washington D.C iaitu ibu kota negara tersebut yang akan menentukan jumlah undi elektoral itu.

Pada pilihan raya kali ini, alasan Trump tidak mahu mengaku kalah di peringkat awal adalah berdasarkan kenyataannya di Twitter baru-baru ini bahawa: "Sejak bila media dan stesen televisyen tradisonal mengumumkan siapakah Presiden kita yang seterusnya?"

Majlis angkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada Januari di Washington D, C pada tahun depan. - Foto Getty Images
Majlis angkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada Januari di Washington D, C pada tahun depan. - Foto Getty Images

Kenyataan itu dipercayai dibuat kerana seramai 583 pengundi elektoral akan hanya bersidang pada Disember depan bagi melaksanakan tanggunjawab mengundi Presiden AS mengikut keputusan rasmi siapakah calon Presiden yang memenangi undi terbanyak di sesebuah negeri.

Justeru, Trump yang masih tidak mengaku kalah itu dilihat mahu mempengaruhi seramai 583 pengundi elektoral itu supaya mengundi dengan tidak mengikut kepercayaan yang diletakkan pada bahu mereka.

Mereka sepatutnya mengundi calon Presiden As yang memenangi undi paling banyak di sesebuah negeri dan badan pentadbiran di negara tersebut.

Namun, adakah terdapat pengundi elektoral itu yang sanggup dikenakan denda dan tidak mengundi calon Presiden AS yang telah memenangi undi terbanyak sesebuah negeri?

Ini kerana terdapat beberapa buah negeri yang akan mendenda pengundi elektoral yang tidak mengundi mengikut pemenang undi popular di sesebuah negeri tetapi ia jarang berlaku di AS.

Persoalan itu juga akan terjawab pada 6 Januari tahun depan selepas Kongres AS mengira undi elektoral.

Majlis angkat sumpah jawatan Presiden AS pula akan dilakukan pada 20 Januari 2021.