X

Kindly register in order to view this article
!

Hamilton sambar gelaran dunia F1 ketujuh

Hamilton muncul juara GP Turki di Istanbul Park sebentar tadi.
A
A

PEMANDU sensasi Mercedes, Lewis Hamilton merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) buat kali ketujuh selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Turki di Istanbul Park semalam.

Biarpun saingan F1 musim ini masih berbaki tiga perlumbaan iaitu GP Bahrain, GP Sakhir dan GP Abu Dhabi, kejayaan itu sudah cukup buat Hamilton menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher dari Jerman.

Schumacher berjaya mencipta rekod muncul juara dunia sebanyak tujuh kali pada 2004 - empat tahun sebelum Hamilton meraih kejuaraan sulung dalam penampilan keduanya di pentas F1.

Namun, pemandu berusia 35 tahun dari Britain itu terpaksa menunggu selama enam tahun sebelum bergelar juara dunia buat kali kedua selepas meninggalkan pasukan McLaren.

Sejak muncul juara dunia pada 2014, Hamilton terus mendominasi litar F1 selama lima musim kemudiannya kecuali edisi 2016 apabila mahkota kejuaraan F1 dirampas rakan sepasukannya, Nico Rosberg.

Sebagai rekod, Schumacher turut meraih kejuaraan dunia F1 bersama dua pasukan berbeza. Dia muncul juara dunia musim berturut-turut pada 1994 dan 1995 bersama Benetton sebelum memacu Ferrari dengan gelaran juara bagi musim 2000 hingga 2004.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!