Dakwaan penjawat awam lembab agih bakul makanan palsu

Kenyataan yang tular di media sosial mendakwa penjawat awam lembab agihkan bekalan makanan Covid-19 adalah palsu.
Kenyataan yang tular di media sosial mendakwa penjawat awam lembab agihkan bekalan makanan Covid-19 adalah palsu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kenyataan yang ditularkan di media sosial mendakwa bahawa penyerahan sumbangan bakul makanan koronavirus (Covid-19) tertangguh disebabkan ketidakcekapan penjawat awam adalah berita palsu.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sabah, Lucy Irene Yong berkata, kenyataan itu ditularkan di media sosial dengan disertakan gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor adalah berniat jahat yang bertujuan untuk melemahkan dan memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Ketua Menteri tidak pernah mengatakan sedemikian malah beliau sangat menghargai kerja keras yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat memerangi pandemik koronavirus (Covid-19) serta mereka yang memberi bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab yang mencipta dan menyebarkan berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan yang mengatakan rakyat tidak sepatutnya menyalahkan Ketua Menteri atau menteri atas kelewatan dan masalah pengagihan bakul makanan, yang patut dipersalahkan ialah penjawat awam kerana lembab dan tidak ikhlas bekerja.

Kenyataan itu turut menyebut penjawat awam kebanyakannya bekerja sambil lewa dan mengharapkan gaji bulan. Kerajaan GRS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Artikel Berkaitan: