Tidak semua kawasan sesuai untuk berniaga: Annuar

Kelihatan peniaga sedang melakukan persiapan pada hari pertama Wilayah Bebas Berniaga di Makan Buzz, hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, bermula hari ini.- Foto Bernama
Kelihatan peniaga sedang melakukan persiapan pada hari pertama Wilayah Bebas Berniaga di Makan Buzz, hari ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, bermula hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kelonggaran kepada orang ramai untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di bandar raya yang kini dilabel sebagai 'wilayah bebas berniaga', namun tidak semua tempat sesuai untuk dijadikan tapak berniaga.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjaja masih perlu membuat rundingan dengan dengan pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk makluman dan rekod data Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata memang ada kawasan yang sesuai dan boleh digunakan sebagai tempat berniaga secara percuma, tetapi DBKL perlu sentiasa mengawalnya, selain tapak berniaga perlu disusun dengan teratur.

“Saya gembira sejak pengumuman Kuala Lumpur akan menjadi wilayah bebas berniaga, ia mendapat sambutan yang menggalakkan, malah kita diberitahu penjaja dari luar wilayah juga datang, dan kita tidak terlalu bertegas soal itu asalkan beri kerjasama dengan MPP serta DBKL,” katanya.

Kelihatan peniaga sedang melakukan persiapan pada hari pertama Wilayah Bebas Berniaga di Makan Buzz, hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, bermula hari ini.- Foto Bernama
Kelihatan peniaga sedang melakukan persiapan pada hari pertama Wilayah Bebas Berniaga di Makan Buzz, hari ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, bermula hari ini.- Foto Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Surat Tawaran Lesen Penjaja di tapak Penjaja di Desa Pandan di sini hari ini.

Annuar berkata, penjaja juga dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal jangkitan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Kita sedia maklum kawasan Lembah Klang mempunyai kes yang tinggi dan jika tidak dikawal, ia boleh melonjakkan kes jangkitan dan jika keadaan itu tidak terkawal, perniagaan juga perlu ditutup dan semua tidak boleh berniaga.

Artikel Berkaitan:

“Dalam sistem DBKL, jika berlaku pelanggaran SOP, amaran peringkat pertama, kedua akan dikeluarkan dan seterusnya penutupan serta-merta, jangan andaikan tidak ada pengawasan dan kawalan oleh pihak DBKL, malah kawalan akan diperketatkan,” katanya.

Pada majlis itu, 51 penjaja di kawasan berkenaan telah diberikan surat tawaran lesen oleh DBKL.