DBKL diarah segera naik taraf Jalan Melayu

Annuar meninjau keadaan di Jalan Melayu sewaktu turun padang, hari ini. Foto: Ihsan Facebook Tan Sri Annuar Musa
Annuar meninjau keadaan di Jalan Melayu sewaktu turun padang, hari ini. Foto: Ihsan Facebook Tan Sri Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sudah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempercepatkan proses pelaksanaan menaik taraf dan mengindahkan Jalan Melayu.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses berkenaan bertujuan menghidupkan identiti Melayu di sekitar jalan berkenaan dan DBKL juga perlu memberi keizinan kepada peniaga untuk menjalankan operasi.

"Saya dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah hari ini lawati Jalan Melayu. Satu-satunya nama Jalan Melayu tapi kenapa mesti selekeh, tak kemas dan tiada identiti Melayu (sedangkan) Jalan Masjid India sebelahnya sudah cantik.

"Saya mahu DBKL serta-merta naik taraf dan indahkan Jalan Melayu dan izinkan peniaga berniaga di situ," katanya menerusi kemas kini perkongsian di Facebook hari ini.

Sebelum ini, KWP turut mengumumkan pelaksanaan Wilayah Bebas Berniaga selama enam bulan bermula hari ini hingga 15 April 2021 bagi membantu meringankan bebanan penduduk khususnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi perkongsian berlainan, Annuar turut berkesempatan melawat beberapa kafe dan kiosk peniaga yang mengikuti Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota@Wilayah di sekitar Kuala Lumpur.

Annuar berkata, beliau mahu melihat anak muda mendapat peluang yang berkualiti untuk berniaga di lokasi strategik di sekitar ibu kota.

"Saya yakin mereka boleh maju asal di beri peluang," katanya.

Artikel Berkaitan: