Mbappe sah bakal beraksi berdepan Sweden

 Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

PENGURUS Perancis Didier Deschamps mengesahkan Kylian Mbappe bakal beraksi pada aksi Liga Negara-Negara Eropah (Nations Cup) berdepan Sweden di Stad De France, 18 November ini.

Menurut Deschamps, biarpun tidak beraksi dalam dua perlawanan terdahulu yang menyaksikan Perancis tewas 0-2 kepada Finland sebelum kembali ‘bangkit’ menewaskan Portugal 1-0, Sabtu lalu.

Katanya, ketiadaan Mbappe telah menjejaskan sedikit jentera serangan pasukan pada dua perlawanan berkenaan.

“Kita sambut baik kepulangan Mbappe dan dia kelihatan telah bersedia untuk membantu kita.

“Ia sentiasa sesuatu yang hebat apabila menyaksikan aksi pemain seperti dia dan membantu kita menewaskan pasukan hebat seperti Portugal.

“Apa pun kami memang berhak atas kemenangan itu dan kami telah mencapai matlamat kami untuk kekal berada pada kedudukan teratas,” katanya.

Untuk rekod skuad Les Bleus itu kini menerajui kumpulan 3 dengan 13 mata hasil empat kemenangan dan seri sekali daripada lima perlawanan setakat ini.

Sementara itu Deschamps menyifatkan aksi berdepan Portugal dilihat sebagai aksi penanda aras bagi menentukan hala tuju skuad kendaliannya itu dalam saingan Nations Cup kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak bercakap mengenai aksi dengan Finland, tetapi dalam perlawanan seperti ketika menentang Portugal.

“Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi pemain-pemain telah membuktikan bahawa Perancis masih sebuah pasukan yang hebat apabila mereka beraksi bersama,” katanya.