Pengunjung kedai santan di Pasar Borong Wakaf Bata diminta tampil

Notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Machang semalam.
Notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Machang semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Individu yang pernah berurusan di kedai santan segera di Pasar Borong Wakaf Bata, Machang bermula 31 Oktober hingga 12 November lalu diminta menghubungi bilik gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan Machang dengan segera.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, notis pemberitahuan berkenaan dikeluarkan semalam oleh Pejabat Kesihatan Daerah Machang merujuk kepada mereka yang berurusan di kedai bernombor 2021 di sini.

“Sesiapa yang berkenaan boleh menghubungi bilik gerakan terbabit di talian 09-9753653,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, masa operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD Medan 88: 27 penduduk sudah serah diri

1,114 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini

Artikel Berkaitan: