X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lelaki ditahan miliki dadah

Antara barangan yang dirampas daripada suspek.Gambar kecil: Aidi Sham
A
A

PORT DICKSON - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah bernilai RM1,350 dalam sebuah kereta di Kilometer 20 Jalan Lukut-Sepang semasa penugasan rondaan zon Alpha oleh unit peronda MPV polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun itu ditahan jam 3.30 pagi semalam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, selepas diarahkan berhenti, polis menemui tiga peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki ganja anggaran berat 20.95 gram dan satu peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 2.5 gram.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

"Dua suspek ini juga mempunyai rekod lampau dan dipercayai merupakan pesalah jenayah dan penagih tegar berdasarkan rekod polis.

"Suspek direman di Mahkamah Port Dickson sehingga Selasa ini dan kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 12 (2)/6 Akta Dadah Berbahaya (ADB )1952," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!