Pemandu lori terlibat nahas motosikal ditahan

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer 75, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam ditahan untuk siasatan lanjut. Gambar kecil: Deputi Komisioner Shafien Mamat
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer 75, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam ditahan untuk siasatan lanjut. Gambar kecil: Deputi Komisioner Shafien Mamat
A
A
A

KOTA BHARU - Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer 75, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat dalam satu kenyataan di sini telah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan menahan pemandu lori warganegara berumur 44 tahun itu.

“Berdasarkan keterangan, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pemandu lori dikatakan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu untuk hantar barang kedai serbaneka.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori tersebut didakwa telah memotong sebuah lori lain di sebelah kanan jalan, namun tiba-tiba sebuah motosikal membelok ke kanan jalan dan bergesel dengan tayar lori yang dipandu.

“Penunggang dan pembonceng motosikal dikatakan membelok ke kanan untuk pergi ke tempat kerja di Pahi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafien berkata, penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan yang serius dan dibenarkan pulang pada hari yang sama, manakala pembonceng pula masih berada di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) untuk rawatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal ujian urin yang dijalankan kepada pemandu tersebut adalah negatif dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam video berdurasi 1.41 saat melibatkan kemalangan tersebut tular di laman sosial dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Artikel Berkaitan: