Jurulatih AC Milan positif Covid-19

Stefano Pioli
Stefano Pioli
A
A
A

MILAN - Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli diuji positif koronavirus (Covid-19), umum kelab Serie A itu dalam satu kenyataan semalam.

Pioli, 55, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Milan telah membatalkan sesi latihan semalam tetapi akan kembali menyambung persiapan esok bagi kunjungan minggu depan ke Napoli.

"Ujian yang dijalankan ka atas pemain dan staf lain didapati negatif.

"Latihan menjelang perlawanan dengan Napoli akan disambung semula pada Isnin, tertakluk kepada pemeriksaan yang dinyatakan dalam protokol (persekutuan Itali)," kata kenyataan kelab berkenaan.

Beberapa pemain Milan sebelum ini diuji positif termasuk penjaga gol, Gianluca Donnarumma dan Zlatan Ibrahimovic.

Skuad kendalian Pioli masih belum tewas dalam Serie A musim ini, menang lima daripada tujuh perlawanan awal mereka dan dua mata di depan Sassuolo.

Artikel Berkaitan: