Kluster Sofi: seorang guru STIAS masih dirawat

Hanya seorang guru STIAS masih dirawat. Foto STIAS
Hanya seorang guru STIAS masih dirawat. Foto STIAS
A
A
A

SEREMBAN - Hanya seorang guru Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Senawang masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini susulan kes positif koronavirus (Covid-19) melibatkan Kluster Sofi.

Pengerusi Pengelolanya, Abdullah Abdol Razak berkata, pelajar, guru dan warga kerja STIAS yang lain telah sembuh dan discaj dari pusat kuarantin serta hospital, kecuali seorang guru.

" Beliau masih dalam rawatan dan pantauan doktor di HTJ. Kami mendoakan agar beliau dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan segera sembuh seterusnya dapat meneruskan pengajian serta pembelajaran seperti sedia kala," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi kenyataan sebelumnya, STIAS memaklumkan bahawa terdapat 99 warga sekolah itu telah disahkan negatif Covid-19 dan discaj daripada Hospital Rembau serta Hospital Tuanku Jaafar.

Ini menjadikan jumlah baki pelajar dan kakitangan STIAS, Senawang yang masih positif Covid-19 adalah seramai lapan orang.

Pihak sekolah juga telah pun menjalankan proses sanitasi bangunan dan seluruh kawasan sekolah sebelum bermulanya pembukaan semula sekolah pada tarikh yang bakal ditetapkan.

Artikel Berkaitan: