Kluster Cergas catat 1,120 kes di Negeri Sembilan

Kluster Cergas menjadi antara penyumbang kes yang tinggi direkodkan di Negeri Sembilan dengan melibatkan 1,120 kes daripada 3,373 jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri itu. Foto 123RF
Kluster Cergas menjadi antara penyumbang kes yang tinggi direkodkan di Negeri Sembilan dengan melibatkan 1,120 kes daripada 3,373 jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri itu. Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Kluster Cergas menjadi antara penyumbang kes yang tinggi direkodkan di Negeri Sembilan dengan melibatkan 1,120 kes daripada 3,373 jumlah keseluruhan kes positif koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, tiga lagi kluster yang turut sama menyumbang kepada peningkatan kes itu merupakan Kluster Kaya sebanyak 482 kes; Kluster Lengkuk (232 kes) dan Kluster Taman Bunga (53 kes).

"Bagaimana pun, daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak penularan wabak itu, sebanyak 1,892 kes telah sembuh dan discaj manakala, 1,473 kes lagi masih menerima rawatan di wad manakala lapan kes telah meninggal dunia.

“Sehingga semalam, terdapat 371 kes baru positif Covid-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 3,373 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat 1,646 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

" Sebanyak 371 kes baharu yang direkodkan semalam dan 363 kes daripadanya adalah dariKluster Cergas. Berdasarkan pecahan daerah, Seremban mencatatkan sebanyak 367 kes baharu, diikuti Rembau sebanyak 4 kes.

"Sementara itu, daerah lain tidak mencatatkan kes baharu dan Tampin kekal di bawah Zon Hijau,” katanya.

Artikel Berkaitan: