X

Kindly register in order to view this article
!

‘Bukan boleh berniaga sesuka hati’

ANNUAR
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai inisiatif Wilayah Bebas Berniaga seperti menjadikan Kuala Lumpur seperti Ketereh.

Annuar berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Teresa pada sidang perbahasan Parlimen Khamis lalu itu menjatuhkan standard sebagai ahli Parlimen.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai garis panduan yang mesti dipatuhi sebelum lesen niaga dikeluarkan.

"Ahli Parlimen Seputeh kata, saya nak jadikan Kuala Lumpur macam Ketereh semua orang boleh buka gerai dalam kawasan Parlimen.

"Itu dia cakap sendiri. Siapa cakap boleh buka gerai dalam Jalan Parlimen?" Katanya ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan kepada 76 keluarga mangsa banjir kilat Kuala Lumpur di Kampung Baru di sini, hari ini.

Jelas Annuar, Wilayah Bebas Berniaga bukan bermaksud wilayah bebas undang-undang.

"Pelbagai undang-undang seperti penjaja, kesihatan, mengenai perancangan tetap akan dikuatkuasakan.

"Bukan bermaksud apabila saya sebutkan semua boleh berniaga, maka undang-undang yang ada digantung dahulu, ia tidak begitu," katanya.

Annuar turut menasihatkan ahli Parlimen terutama dari Kuala Lumpur menggunakan sepenuhnya sesi Parlimen untuk membangkitkan permasalahan rakyat.

“Perbahasan di Parlimen akan dicatat, apa-apa (perkara) dibangkitkan saya akan jawab secara lisan kalau tidak sempat saya akan jawab secara bertulis.

“Pastikan waktu perbahasan nanti sampaikan pandangan berkualiti jangan buang masa cakap perkara tidak perlu,” katanya.

Khamis lalu, Teresa berkata, kenyataan yang dikeluarkan Annuar berkaitan konsep bebas niaga dianggap berbahaya kerana ia seolah-olah membuka 'pintu pagar' untuk menggalakkan orang ramai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!