Sasaran 1 juta rumah mampu milik boleh dicapai

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya akan mencapai sasaran untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dengan anggaran 100,000 unit setiap tahun, seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH semasa pilihan raya umum ke-14 yang lepas.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, anggaran itu boleh dicapai berdasarkan peruntukan yang telah disediakan serta melihat kepada kemajuan projek-projek perumahan yang sedang rancak berjalan hasil kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta.

“Malah kita juga sedang berusaha membina satu sistem big data yang boleh mendapatkan satu gambaran dan unjuran keperluan perumahan Malaysia kerana dengan adanya unjuran yang lebih tepat maka kita mempunyai penyediaan untuk perumahan akan datang akan lebih tepat.

“Jadi tidak berlaku situasi seperti sekarang dimana rumah lebih daripada pembeli dan kategori dan lokasi yang tidak bersesuaian,” katanya dalam sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu adakah sasaran kerajaan untuk membina rumah milik mencukupi dengan permintaan rakyat ketika ini.

Artikel Berkaitan:


Zuraida berharap dengan kajian semula yang dijalankan itu akan dapat menyelaras dan memperkukuhkan usaha kementerian untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. - Bernama