Tubuh tergantung luar bangunan kedai

Lokasi mangsa ditemukan mati.
Lokasi mangsa ditemukan mati.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Pengkalan Barat, Pasir Puteh di sini hari ini.

Keadaan mangsa berusia lingkungan 50 tahun itu disedari orang awam sekitar jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, berdasarkan keterangan saksi, mangsa dilihat berada dalam keadaan tergantung dengan tali kecil di luar tingkap di tingkat dua bangunan itu.

Bagaimanapun katanya, semasa saksi menghubungi polis, tubuh mangsa dilihat terjatuh ke tanah.

Keadaan mangsa ketika ditemui mati.
Keadaan mangsa ketika ditemui mati.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan yang berunsur jenayah.

"Tinjauan di tempat kejadian pula mendapati bangunan itu merupakan rumah kedai yang tidak digunakan lagi," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Polis katanya, tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa di tempat kejadian.

"Usaha mengesan waris mangsa sedang dijalankan dan sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya.