Kes Covid-19 di Kelantan semakin tinggi

Angka kes Covid-19 di Kelantan semakin meningkat apabila lima kes baharu direkodkan hari ini. Foto 123RF
Angka kes Covid-19 di Kelantan semakin meningkat apabila lima kes baharu direkodkan hari ini. Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Angka kes koronavirus (Covid-19) di Kelantan semakin meningkat apabila lima kes baharu direkodkan hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Kelantan melonjak kepada 210 orang dengan 27 kes masih dalam rawatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, kes yang direkodkan hari ini membabitkan kes ke-206 (Mukim Panji, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes ke-201.

“Seterusnya kes ke-207 dan 208 (Mukim Jeli, Jeli) merupakan saringan berisiko luar negeri (Sabah) dan dikategorikan sebagai kes Import B (luar Kelantan).

“Dua lagi adalah kes ke-209 dan 210 (Mukim Ulu Sat, Machang) merupakan kontak rapat kes ke-203,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam perkembangan sama, Facebook Jabatan Kesihatan Kelantan pula memaklumkan bahawa terdapat satu kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala tiada kes sembuh mahupun discaj.

Kenyataan juga memberitahu kes ke-206 direkodkan hari ini merupakan Kluster Kube dan setakat ini terdapat 17 kes untuk kluster berkenaan.

Di Kelantan masih kekal dengan empat zon kuning iaitu daerah Machang (tiga kes tempatan), Jeli (enam kes tempatan), Kota Bharu (13 kes tempatan) dan Tanah Merah (empat kes tempatan).

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, di Kelantan kekal dengan tiga kematian setakat ini.