Quartararo, Morbidelli mahu lakukan pecutan awal

Quartararo - Petronas SIC
Quartararo - Petronas SIC
A
A
A

PELUMBA MotoGP Petronas SRT, Fabio Quartararo menyasarkan untuk mula memecut dari awal perlumbaan hari ini dalam usaha bersaing dengan pelumba-pelumba lain pada perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo hari ini.

Quartararo berkata, dia dan rakan sepasukan Franco Morbidelli telah merancang untuk melaksanakan perancangan taktikal baharu pada perlumbaan hari ini dalam usaha mencatatkan keputusan terbaik.

“Hari ini (kelmarin), kami telah mencuba banyak perkara bersama jentera masing-masing, tetapi ia menjadi agak sukar kerana kami masih perlu mencuba ‘sesuatu’ yang baharu pada perlumbaan hari ini.

“Kami perlu melakukannya kerana telah melalui hari yang agak sukar, tetapi kami tidak akan sesekali berputus asa kali ini.

“Kami tidak akan menyerah kalah dan akan terus memberikan yang terbaik sehinggalah kepada hari perlumbaan hari ini,” katanya.

Sementara itu rakan pelumbanya, Franco Morbidelli berkata, mereka turut mencuba beberapa pengubahsuaian pada jentera masing-masing bagi menyesuaikan keselesaan ketika memecut hari ini.

Bagaimanapun Morbidelli yang memulakan perlumbaan dalam kelompok 10 pelumba pada FP3 berharap untuk terus memberikan tunggangan terbaiknya pada perlumbaan hari ini.

“Saya rasa, kita telah bermula dengan baik minggu ini dan semoga ia berterusan seperti ini kerana matlamat kami hari ini adalah untuk memecuti dari awal perlumbaan dan kemudiannya menamatkannya dengan sempurna,” katanya.

Artikel Berkaitan: