Rancang dulu sebelum buat keputusan: Syed Saddiq

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa pihak berkaitan supaya merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan pihak lain.

Syed Saddiq dalam satu ciapan di Twitter hari ini memberikan reaksi terhadap laporan Sinar Harian berkenaan isu pengusaha bas sekolah yang dijangka gulung tikar berikutan penutupan sekolah akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Janganlah tutup semua industri sebelum rujuk pemegang taruh. Rancang strategi bersama,” ciapnya.

Susulan isu tersebut, Ahli Parlimen Muar itu mencadangkan agar hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja yang dibenarkan ke sekolah bagi mengelakkan pengusaha bas sekolah gulung tikar.

“Saya mencadangkan supaya pelajar yang ambil peperiksaan seperti SPM sahaja dibenarkan ke sekolah.

"SPM tak tangguh, pengusaha kurang rugi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 80 peratus pengusaha bas sekolah mungkin gulung tikar

Artikel Berkaitan: