JKM peruntuk RM1.4 juta untuk mangsa banjir

Beras yang disimpan di Pengkalan Chepa berada dalam keadaan baik untuk kegunaan semasa banjir. (Gambar kecil: Siti Nor Hasma Mat Isa)
Beras yang disimpan di Pengkalan Chepa berada dalam keadaan baik untuk kegunaan semasa banjir. (Gambar kecil: Siti Nor Hasma Mat Isa)
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan dan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.4 juta sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Timbalan Pengarah JKM, Siti Nor Hasma Mat Isa berkata, peruntukkan itu untuk membeli barangan makanan dan keperluan asas.

Menurutnya, sebanyak 159 pangkalan hadapan di seluruh negeri menerima agihan bekalan yang dilakukan pada Oktober lalu sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh.

"Kita turut mempunyai 17 depoh simpanan bekalan keperluan bencana dan sekiranya diperluka boleh membantu negeri di Pantai Timur," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau Depoh JKM Kemumin, Pengkalan Chepa, hari ini.

Siti Nor Hasma (tengah) meninjau keadaan barangan untuk kegunaan mangsa banjir yang disimpan di Pengkalan Chepa hari ini.
Siti Nor Hasma (tengah) meninjau keadaan barangan untuk kegunaan mangsa banjir yang disimpan di Pengkalan Chepa hari ini.

Dalam pada itu, Nor Hasma berkata, sebanyak 539 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan dan sudah dilawati oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi memastikan kesesuaian menempatkan mangsa.

"Jika dilihat daripada jumlah PPS, ia berkurangan berbanding 606 PPS pada tahun lalu, namun ia tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa. Di Kota Bharu paling tinggi iaitu 115 PPS.

"Pihak kami juga sudah menyediakan pelbagai kelengkapan seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman, penyukat suhu bagi memastikan mangsa banjir bebas daripada jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, JKM menggerakkan seramai 328 pegawai dan kakitangannya untuk turun padang sepanjang musim banjir ini nanti.