Lelaki 44 tahun positif Covid-19

Seorang lelaki berumur 44 tahun dari Jempol disahkan positif Covid-19 menjadikan kes positif wabak itu di daerah berkenaan sebanyak 24 kes.
Seorang lelaki berumur 44 tahun dari Jempol disahkan positif Covid-19 menjadikan kes positif wabak itu di daerah berkenaan sebanyak 24 kes.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki berumur 44 tahun dari daerah ini disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam menjadikan kes positif wabak itu di sini sebanyak 24 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, pemandu lori itu menetap di rumah adiknya di Seremban dan pulang ke kampung pada Rabu lalu sebelum mengalami sakit dada.

Beliau berkata, saringan dilakukan ketika pesakit mendapatkan rawatan sakit dada di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala pilah pada keesokan harinya dan disahkan positif semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pesakit telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

"Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan membuat saringan kepada ahli keluarga pesakit. Bilangan kontak rapat yang akan disaring masih belum dapat ditentukan. Rumah pesakit telah di disinfeksi hari ini oleh PKD," katanya.

Katanya, walaupun kes Covid-19 di Jempol masih terkawal tetapi orang ramai diminta tidak ambil mudah dan leka.

"Agensi penguatkuasaan seperti polis, Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dan PKD telah mula membuat pemantauan yang lebih kerap di premis premis perniagaan dan tempat tempat tumpuan awam.

"Elakkan daripada dikompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Artikel Berkaitan: