Rampas ubat batuk, pengedar ditahan

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu merampas 2,400 botol ubat batuk selepas menahan empat lelaki yang dipercayai bertindak sebagai pengedar di Kampung Batu 5, Tanah Merah. (Gambar kecil: Nor Azizan Yusof)
PGA Batalion 9 Kuala Terengganu merampas 2,400 botol ubat batuk selepas menahan empat lelaki yang dipercayai bertindak sebagai pengedar di Kampung Batu 5, Tanah Merah. (Gambar kecil: Nor Azizan Yusof)
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas 2,400 botol ubat batuk dan menahan empat lelaki yang dipercayai pengedar di Kampung Batu 5, Tanah Merah, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada jam 10.30 pagi ketika berada dalam dua buah kereta berasingan.

Menurutnya, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan dua buah kenderaan yang berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghampiri kenderaan terbabit.

"Mereka memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa. Pemeriksaan ke atas kenderaan pertama membawa kepada penemuan 12 kotak di bahagian tempat duduk penumpang dan juga di dalam bonet kereta yang mengandungi ubat batuk.

"Pemeriksaan ke atas sebuah lagi kenderaan turut menemui 12 kotak mengandungi ubat batuk yang berada di bahagian

tempat duduk belakang dan di dalam bonet kereta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tiga daripada empat suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ABD 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: