Lelaki Bangladesh ditemui mati, bomba lakukan sanitasi

Sepasukan anggota BBP Kapar melakukan nyahcemar di lokasi kejadian di asrama pekerja di Jalan Meru, hari ini. - Foto Bomba Selangor
Sepasukan anggota BBP Kapar melakukan nyahcemar di lokasi kejadian di asrama pekerja di Jalan Meru, hari ini. - Foto Bomba Selangor
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dalam bilik di asrama pekerja di Jalan Meru, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 10.10 pagi.

"Kita menemui mangsa berusia lingkungan 50-an meninggal dunia di dalam biliknya.

"Kemudian, pihak polis telah memohon bomba melakukan sanitasi di luar dan dalam bangunan terlebih dahulu sebelum mangsa dikeluarkan untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sepasukan anggota BBP Kapar melakukan nyahcemar di lokasi kejadian di asrama pekerja di Jalan Meru, hari ini. - Foto Bomba Selangor
Sepasukan anggota BBP Kapar melakukan nyahcemar di lokasi kejadian di asrama pekerja di Jalan Meru, hari ini. - Foto Bomba Selangor

Beliau berkata, proses sanitasi dilakukan bagi membasmi kuman pada permukaan yang berpotensi tercemar daripada Covid-19.

Katanya, sanitasi kemudian turut dilakukan terhadap anggota bomba dan polis bertugas di lokasi terbabit.

"Operasi tamat pada jam 11.50 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: