X

Kindly register in order to view this article
!

6.84 tan daging ayam sejuk beku seludup dirampas

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu merampas daging ayam sejuk beku yang diseludup seberat 6.84 tan selepas menemui dua buah lori di lokasi berasingan di Tanah Merah semalam.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas daging ayam sejuk beku seludup seberat 6.84 tan selepas menemui dua buah lori di lokasi berasingan di Tanah Merah semalam.

Lori pertama sarat membawa barangan itu ditemui di tepi jalan berhampiran Simpang Empat Kusial manakala kenderaan kedua di Simpang Tiga Felda Kemahang dan kedua-duanya ditemui anggota pasukan berkenaan pada jam 6.45 pagi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah lori dianggarkan berjumlah RM391,000.

"Kedua-dua buah lori itu ditemui dalam keadaan tidak berkunci. Pemeriksaan lanjut menemui 570 kotak yang setiap satunya seberat 12 kilogram.

"PGA tidak menolak kemungkinan kenderaan itu ditinggalkan selepas kegiatan tersebut berjaya dikesan oleh pasukan berkenaan.," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan itu akan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan.

"Siasatan awal mendapati bahan itu diseludup dari Thailand ke negara ini menggunakan laluan tidak sah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!