Ribut dijangka landa empat negeri

METMalaysia keluar amaran hujan lebat dan angin kencang mulai Isnin membabitkan beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gambar hiasan.
METMalaysia keluar amaran hujan lebat dan angin kencang mulai Isnin membabitkan beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di kawasan tertentu membabitkan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Met Malaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu berkuat kuasa Isnin ini membabitkan Johor meliputi Mersing dan Kota Tinggi, manakala kawasan Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Angin kencang dijangka melanda Kuantan di Pahang; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan dan seluruh Terengganu pula pada Selasa dan Rabu depan.

"Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri dalam negeri-negeri,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejadian tersebut boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan: