Uptown Puchong Permai tiada kelulusan KM

Siti Mariah (tengah) bertemu peniaga yang mengalami kerugian selepas gerai mereka di Puchong Permai terbakar.
Siti Mariah (tengah) bertemu peniaga yang mengalami kerugian selepas gerai mereka di Puchong Permai terbakar.
A
A
A

PUCHONG - Uptown Puchong Permai, di sini, yang musnah terbakar pagi tadi didapati tidak mempunyai kelulusan kebenaran merancang (KM) oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Adun Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dari segi utiliti memang terdapat aduan diterima berhubung perkara itu dan bila musibah ini berlaku pihaknya amat bersimpati kepada semua peniaga.

"Kita akan bawa ke peringkat negeri dan seterusnya InsyaALLAH kerajaan negeri akan bantu sebaiknya seperti yang berlaku di Uptown Shah Alam sebelum ini.

"Kerajaan negeri akan bantu mereka peniaga ini untuk mulakan perniagaan semula," katanya selepas bertemu dengan peniaga terbabit, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Negara, Senator R Suresh Singh.

Siti Mariah berkata, satu perbincangan akan dibuat dengan pihak MPSJ secepat mungkin bagi kenal pasti tapak berniaga sementara selain akan melihat sama ada tapak asal ini boleh diguna semula atau sebaliknya.

Mengulas tentang tapak yang tidak mendapat KM ini, beliau menjelaskan pembangunan Uptown ini dibangunkan tanpa kebenaran sejak beberapa tahun sudah yang asalnya bermula daripada kawasan yang kecil.

"Peniaga masa itu mungkin tidak tahu, jadi mereka hanya membayar sewa sahaja. Bila tidak tahu kedudukan sebenar, bila jadi macam ini tiada insuran dan bantuan daripada agensi yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, setiap pembangunan yang dibuat haruslah mendapat kelulusan KM daripada kerajaan tempatan dan ini adalah salah satu prosedurnya.

ARTIKEL BERKAITAN:200 lot kedai Uptown Puchong Permai hangus

ARTIKEL BERKAITAN:'Berlari 200 meter bila tahu kedai terbakar'

ARTIKEL BERKAITAN:Tempahan Aidilfitri musnah terbakar