Dua beradik direman kes bunuh peniaga buah

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

LUMUT - Dua beradik lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga buah di Sitiawan semalam direman selama enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 51 tahun dan adiknya 40an itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Seri Manjung sehingga 19 November depan.

"Tahanan reman ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan yang dijalankan setakat ini menunjukkan kejadian itu berpunca daripada masalah hutang," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang peniaga buah maut ditikam rakannya dalam kejadian di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Raja Omar, Kampung Selamat, Sitiawan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 42 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di perut dan leher.

Suspek utama kejadian berusia 51 tahun dikatakan datang ke bengkel itu bersama adiknya kerana mahu menuntut hutang sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Maut ketika mahu tuntut hutang

Artikel Berkaitan: