Pasangan kekasih curi kambing ditahan

Hanya dua ekor kambing yang dicuri ditemui.
Hanya dua ekor kambing yang dicuri ditemui.
A
A
A

KEPALA BATAS - Tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri kambing milik seorang lelaki di Butterworth.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada jam 9.30 malam tadi di dua lokasi berbeza iaitu Butterworth dan Mak Mandin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 32 tahun berhubung kehilangan enam ekor kambing di kandangnya pada 10 November lalu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun bersama dua ekor kambing curi yang dibeli daripada seorang lelaki dan wanita.

Kambing yang dijumpai dibawa ke IPD Seberang Perai Utara untuk siasatan lanjut.
Kambing yang dijumpai dibawa ke IPD Seberang Perai Utara untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, susulan tangkapan tersebut, polis menahan sepasang kekasih berusia 24 dan 25 tahun di Mak Mandin.

"Mereka mengaku telah menjual semua kambing tersebut pada harga RM300 untuk dua ekor.

"Ketiga-tiga individu termasuk lelaki yang membeli kambing curi itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali.

"Kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.