X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 02 Disember 2021

2,000 sukarelawan Sri Kandi Bersatu Kelantan sedia redah banjir

Rozainee (kiri) bersama Shahnun Hanif Abdullah (tengah) melihat antara barangan yang diberikan kepada pengamal media Kelantan hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Seramai 2,000 sukarelawan Sri Kandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bersedia untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Masyarakat Biro Kebajikan Bersatu Negeri merangkap Ketua Srikandi Bersatu Kota Bharu, Rozainee Nawawi berkata, skuad yang baharu ditubuhkan itu akan turun padang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita akan bersama JKM dan parti-parti untuk turun padang meredah banjir bagi membantu mereka yang memerlukan sepanjang tengkujuh selain turut mengutamakan keselamatan berikutan musim koronavirus (Covid-19).

“Selain itu, kita juga bersedia untuk menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsasekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rozainee (empat dari kanan) bersama sebahagian media yang menerima sumbangan makanan di di sini hari ini.
Rozainee (empat dari kanan) bersama sebahagian media yang menerima sumbangan makanan di di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan bekalan banjir kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di pejabat Pertubuhan. Berita Nasional Malaysia di sini hari ini.

Sumbangan tersebut diberikan kepada 70 pengamal media Kelantan yang turut dihadiri Presiden Kemudi, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi dan Timbalan Presidennya, Zabidi Ishar.

Rozainee berkata, sumbangan awal kepada media tersebut diberikan sebagai persediaan kepada kumpulan berkenaan yang juga merupakan antara petugas barisan hadapan tanah air negara.

“Media juga bertugas ketika banjir, melaporkan keadaan semasa Covid-19 di negeri ini. Jadi, Srikandi Kota Bharu terpanggil untuk memberikan penghargaan dan sumbangan,” katanya.

Sementara itu, Shahnun Hanif Abdullah menghargai sumbangan awal bekalan banjir yang diberikan kepada barisan media Kelantan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!