X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Hudson-Odoi akui belum pulih sepenuhnya

Hudson-Odoi. Foto:uk.sports.yahoo.com
A
A

PEMAIN sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi mengakui dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialami pada musim 2019 lalu.

Menurut Hudson-Odoi, biarpun telah kembali beraksi di padang sejak setahun lalu, dia masih merasai kesan kesakitan berkenaan.

“Saya masih dapat merasakan (kesakitan) apabila bermain tetapi percayalah saya masih cuba meningkatkan keupayaan diri dengan cuba menambahkan kekuatan di bahagian betis.

“Pada ketika ini saya dapat merasakan yang saya akan mampu kembali ke tahap terbaik saya semula.

“Oleh itu, lambat laun saya yakin dapat kembali ke tahap keupayaan saya seperti dahulu, namun saya juga tetap akan dengan bekerja keras setiap hari dan menjadi lebih baik hari demi hari. Apa pun saya hanya mahu terus meningkat dengan bekerja keras hari demi hari,” katanya.

Difahamkan pemain berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan pada aksi berdepan Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge musim 2019/20 lalu yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Kecederaan berkenaan sekali gus menyaksikan Hudson-Odoi tidak dapat beraksi selama lima bulan sebelum kembali beraksi mulai September lalu selain terpaksa diketepikan Gareth Southgate hampir setahun daripada mewakili skuad kebangsaan England akibat kecederaan berkenaan.

Sementara itu Hudson-Odoi berazam untuk memberikan terus aksi terbaik ketika mewakili skuad kebangsaan England bawah 21 tahun setelah berjaya menjaringkan satu gol ketika menewaskan Andorra 3-1, pada aksi kelayaan Euro Bawah-21, di Stadium Molineux Jumaat lalu.

Katanya, dia akan terus beraksi demikian jika mendapat panggilan daripada Southgate pada masa hadapan.

“Sudah tentu saya mahu beraksi dengan skuad senior England dan tidak kira walau di mana (posisi) mana saya beraksi.

“Saya juga akan terus bekerja keras, lakukan yang terbaik,”


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!