X

Kindly register in order to view this article
!

Profesor direman disyaki rasuah pembelian tanah

Seorang bekas pengurus besar sebuah institut pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah RM100,000 bagi pembelian tanah, tiga tahun lalu.
A
A

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus besar di sebuah institut pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah RM100,000 berhubung pembelian tanah, tiga tahun lalu.

Majistret, Syajaratudur Abd Rahman mengeluarkan perintah reman itu terhadap lelaki berusia 54 tahun berkenaan.

Dia dibawa ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi, dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor selepas hadir memberikan keterangan.

Seorang bekas pengurus besar sebuah institut pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rasuah RM100,000 bagi pembelian tanah, tiga tahun lalu.
Seorang bekas pengurus besar sebuah institut pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rasuah RM100,000 bagi pembelian tanah, tiga tahun lalu.

"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding bagi pembelian tanah untuk pembangunan agensi tempatnya bekerja.

"Difahamkan, lebihan nilai harga tanah tersebut adalah untuk tujuan pembayaran rasuah untuk dirinya," kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan ke atas lelaki itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!