Salah positif Covid-19

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan mengesahkan Mohamed Salah dijangkiti Covid-19.
Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan mengesahkan Mohamed Salah dijangkiti Covid-19.
A
A
A

KAHERAH - Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan mengesahkan penyerang Mesir dan bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif koronavirus (Covid-19).

"Ujian yang dilakukan ke atas pasukan utama Mesir menunjukkan pemain kami, Mohamed Salah yang juga bintang Liverpool dijangkiti Covid-19.

“Ujiannya positif walaupun dia tidak mengalami sebarang gejala,” kata kenyataan itu di Twitter hari ini.

Sementara itu, menurut kenyataan EFA, Salah, 28, diuji positif virus itu selepas menjalani saringan pertama tetapi pihak ETA memutuskan untuk membuat ujian sekali lagi bagi mengesahkannya, lapor agensi berita Xinhua.

Pemain itu menjalani ujian saringan Covid-19 menjelang perlawanan pertama pasukan Mesir dengan Togo pada Sabtu untuk kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2021.

Semua hasil ujian pemain pasukan itu serta kakitangan teknikal dan pentadbiran adalah negatif.

Artikel Berkaitan: