X

Kindly register in order to view this article
!

Rosman tamatkan perkhidmatan sebagai CEO Bank Rakyat

Rosman Mohamed
A
A

KUALA LUMPUR- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed akan menamatkan perkhidmatan beliau dengan bank itu pada 31 Januari 2021.

Menurut Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini, Rosman akan mula bercuti pada 14 November 2020 sehingga tempoh perkhidmatan beliau tamat.

Katanya, beliau juga akan melepaskan semua jawatan lain yang disandang termasuk Ahli Lembaga Pengarah Rakyat Management Services Sdn Bhd, Rakyat Holdings Sdn Bhd dan Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa 14 November 2020.

“Hasrat beliau telah dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah bank itu serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya.

Bagi memastikan kepimpinan bank terus berjalan lancar, Bank Rakyat juga mengumumkan pelantikan Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 14 November 2020.

Pelan penggantian telah dirangka untuk pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang akan diumumkan kelak.

Rosman memulakan perkhidmatannya di bank itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 1 April 2019 dan kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan sejak 1 Ogos 2019 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Februari 2020. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!