X

Kindly register in order to view this article
!

Bintang suara latar derita ketumbuhan di paha kanan

Muhammad Aizat sebelum ini pernah berjuang untuk kanser Esofagus dan pulih.
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Bintang suara latar animasi, Muhammad Aizat Adnan, 36, kini menderita akibat ketumbuhan di paha kanan dipercayai kanser sarcoma.

Muhammad Aizat atau lebih dikenali sebagai Aizat Moeofssr dan Aizat Adnan berkata, ketumbuhan tersebut diketahui selepas menjalani PET Scan pada Februari lalu dan kini sebesar 17.7cm x 11.8cm x 9.7cm.

Dia dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam dan bacaan tahap hemoglobin lima dan perlu dimasukkan darah

“Salur darah di kaki juga tersumbat menyebabkan air berkumpul,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Muhammad Aizat sebelum ini sering menghiburkan rakyat Malaysia terutama kanak-kanak dengan menggunakan suara latar untuk watak animasi dan dokumentari bahasa Melayu pernah didiagnos kanser esofagus tetapi pulih.

Bintang suara latar animasi itu kehilangan pendapatan akibat penyakit yang dihidapi dan pergerakan beliau terbatas serta sukar untuk berjalan dengan baik sejak beberapa bulan lalu.

Mereka yang mahu meringankan beban Muhammad Aizat boleh menyalurkan bantuan ke akaun 164221300027 atas namanya dan Nor Aziantie Azhar (isteri) di akaun Maybank 512400515982


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!