Sorok rokok, arak seludup dalam kontena

JKDM merampas rokok dan minuman keras dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor Rabu lalu.
JKDM merampas rokok dan minuman keras dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor Rabu lalu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM300,000 di Pelabuhan Utara di sini Rabu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, operasi kira-kira jam 12.45 tengah hari itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM Putrajaya bersama JKDM Melaka yang menahan sebuah kontena.

"Pemeriksaan di dalam kontena itu menemui 440 karton rokok dan 1,111 kotak minuman keras dianggarkan bernilai RM395,457.03 dan siasatan awal dipercayai barangan tersebut untuk pasaran tempatan.

"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JKDM merampas rokok dan minuman keras dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor Rabu lalu.
JKDM merampas rokok dan minuman keras dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor Rabu lalu.

Menurutnya, orang ramai digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara, malah mendatangkan ancaman keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-80088-8855 atau datang ke Pejabat Kastam terdekat di semua negeri.

"JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan," katanya.

Artikel Berkaitan: