Majlis perkahwinan punca 176 orang dijangkiti Covid-19

Pihak berkuasa memberi amaran majlis perkahwinan, pesta ulang tahun dan majlis keagamaan yang mengumpulkan tetamu tanpa SOP ketat boleh menjadi punca penyebaran virus Covid-19 seperti mana yang berlaku di Maine, AS.
Pihak berkuasa memberi amaran majlis perkahwinan, pesta ulang tahun dan majlis keagamaan yang mengumpulkan tetamu tanpa SOP ketat boleh menjadi punca penyebaran virus Covid-19 seperti mana yang berlaku di Maine, AS.
A
A
A

MAINE- Sekiranya anda ingin tahu mengapa pegawai kesihatan merasa gementar tentang betapa teruknya wabak Covid-19 ketika musim percutian dan majlis keramaian, pertimbangkan apa yang berlaku selepas satu majlis resepsi perkahwinan kecil yang berlangsung pada musim panas di luar bandar Maine.

Hanya 55 orang yang menghadiri majlis resepsi pada 7 Ogos di Big Moose Inn di Millinocket, tetapi salah seorang tetamu itu tiba dengan jangkitan koronavirus.

Biarpun suhu badan tetamu diambil, tiada yang direkodkan mengalami demam atau sebarang simptom berkaitan Covid-19.

Selepas 38 hari berikutnya, virus itu merebak menjangkiti 176 orang lain.

Amat menyedihkan tujuh daripadanya mati dan lebih tragis lagi apabila tidak ada seorang mangsa yang maut itu menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Dalam laporan terbaru, penyiasat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Maine menjelaskan bagaimana perayaan yang baik dengan keluarga dan rakan-rakannya menyebabkan begitu banyak penderitaan dan kematian di seluruh negeri dalam jangka waktu yang singkat.

LA Times melaporkan, hampir semua tetamu yang hadir tidak mengenakan pelitup muka, malah mereka gagal melakukan penjarakan fizikal.

"Perhimpunan seperti perkahwinan, pesta ulang tahun, acara keagamaan dan pengebumian, berpotensi menjadi acara penyebaran Covid-19," kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Maine dalam laporan yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: