Pelajar maut dua motosikal bertembung

Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi.
Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua maut termasuk seorang pelajar lelaki apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohamad Firdaus Hakimie Zakarias, 15 dan Muhamad Danel Yusuf Abu Hassan, 21 maut dalam kemalangan yang berlaku jam 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang Muhamas Danel Yusof dan Yamaha Y15 ditunggang Mohamad Firdaus Hakimie dipercayai bertembung berdasarkan kesan kerosakan di bahagian hadapan.

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai atau saksi yang melihat kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Zulkifli Ab Razak di talian 019-4475767.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: