Syor PBT di Pahang beri permit percuma enam bulan

Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat) mencadangkan PBT di Pahang mengeluarkan permit sementara selama enam bulan secara percuma kepada peniaga. Gambar kecil: Anaz AbMoris
Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat) mencadangkan PBT di Pahang mengeluarkan permit sementara selama enam bulan secara percuma kepada peniaga. Gambar kecil: Anaz AbMoris
A
A
A

KUANTAN - Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat) mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang mengeluarkan permit sementara selama enam bulan secara percuma kepada peniaga.

Pengerusinya, Anaz AbMoris berkata, saranan itu mampu membantu peniaga untuk menjana pendapatan lebih stabil terlebih dahulu susulan situasi negara yang berdepan dengan pandemik koronovirus (Covid-19).

"Pendekatan sebegini dilihat sangat dekat dihati rakyat, selain ia salah satu usaha membantu rakyat menjana pendapatan terutama mereka yang terjejas mata pencarian akibat Covid-19.

"Sekurang-kurangnya mereka tidak terbeban untuk membayar permit perniagaan dalam tempoh enam bulan, ia pasti akan memberi kelegaan kepada peniaga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memperkenalkan pendekatan 'Wilayah Bebas Berniaga' bagi membantu rakyat yang terjejas ekonomi dan sara hidup kesan daripada pandemik Covid-19 dengan membenarkan gerai dibuka di mana-mana kawasan yang sesuai termasuk di hadapan rumah.

Beliau menyokong cadangan itu dan mahu kerajaan Pahang mencontohi tindakan terbabit dengan memperkenalkan idea seperti 'Pahang Bebas Berniaga' atau 'Pahang Berniaga, Rakyat Sejahtera' melalui usahasama PBT.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Boleh buka gerai di mana-mana kawasan sesuai di KL'

KL bebas berniaga: Annuar Musa perlu beri panduan jelas

Artikel Berkaitan:

Wilayah Bebas Berniaga: KWP beri jaminan kebebasan berniaga terkawal

MP Kuala Lumpur sokong Wilayah Bebas Berniaga

Anas berkata, pendekatan itu diyakini dapat membantu bukan sahaja rakyat malahan ekonomi masyarakat dalam menghadapi cabaran wabak yang dilihat bagai tiada penghujung.

"Ramai diberhentikan kerja kesan akibat wabak Covid-19 ini, menerusi perniagaan seperti membuka gerai atau kedai makan kini menjadi pilihan kepada mereka dalam menambah pendapatan keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, pihaknya berharap kementerian lain dan kerajaan setiap negeri serta PBT juga mengambil langkah sama terutama membantu rakyat keluar daripada kesukaran hidup yang terjejas ketika ini.

"Apa yang dilakukan Annuar wajar diberikan pujian dan dicontohi dalam memastikan rakyat terus terbela nasib mereka yang sedang bergelut dengan kemelut sara hidup dalam meneruskan kehidupan mereka seharian.

"Setiap usaha yang dilakukan semua pihak sama ada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT adalah untuk membantu dan mempermudahkan setiap urusan hidup rakyat. Kita Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih," katanya.