Pencemaran bau dikesan di Rawang

Pihak LUAS dan Air Selangor telah membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang. - Foto FB LUAS
Pihak LUAS dan Air Selangor telah membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang. - Foto FB LUAS
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengesan bau di udara berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang lebih kurang jam 12.00 tengah malam tadi semasa pemantauan Ops Sumber Air.

Menurut Facebook LUAS, pihaknya dan Air Selangor telah membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran taman tersebut dan mengesan bau sebanyak empat TON.

LUAS dan Air Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK. - Foto FB LUAS

"LUAS bersama Air Selangor telah membuat siasatan di kawasan Taman Velox dan mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran LRK IWK telah melimpah, disyaki bocor berkemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran.

"LUAS dan Air Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK," katanya.

Menurutnya, pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

"Tiada henti tugas LRA dan gangguan bekalan air dilaporkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya.

14 beg Activated Carbon (AC) diletakkan di kawasan longkang berhampiran LRK IWK. Foto: FB LUAS
14 beg Activated Carbon (AC) diletakkan di kawasan longkang berhampiran LRK IWK. Foto: FB LUAS

Artikel Berkaitan: