Kanak-kanak warga Myanmar ditemui lemas

PDRM
PDRM
A
A
A

AMPANG - Kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia 12 tahun yang dilaporkan dihanyutkan air selepas terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran sebuah hospital di sini, ditemui lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat telah berjaya menjumpai mayat kanak-kanak itu pada jam 10.04 malam.

"Mayat dijumpai di kolam takungan air Jabatan Pengairan dan Saliran di Smart Tunnel, Berembang, Hulu Klang," melalui kenyataan media, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu akan dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.

"Kes diklasifikasi di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR)," katanya.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak sebelum ini memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 5.30 petang.

Pasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ampang dan Shah Alam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan: