Anggota SRS buang iklan haram

Sebanyak 17 iklan haram diturunkan dalam operasi dijalankan SRS KRT Teluk Ketapang.
Sebanyak 17 iklan haram diturunkan dalam operasi dijalankan SRS KRT Teluk Ketapang.
A
A
A
KUALA NERUS - Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang di sini, menurunkan iklan pinjaman tanpa lesen atau ah long menerusi rondaan rutin.

Ketua SRS KRT Teluk Ketapang, Zainuddin Awang berkata, rondaan bermula jam 12 malam dan berakhir jam 4.30 pagi itu tertumpu di kawasan ditetapkan kepada SRS KRT Teluk Ketapang.

Menurutnya, rondaan dimulakan dengan taklimat kepada sekumpulan lima anggota peronda SRS yang bertugas sebelum melaporkan kehadiran anggota peronda terbabit kepada polis.

“Kita mula rondaan di kawasan Jalan Paya, Perumahan Telaga Daing, Jalan Pantai, Kampung Teluk Ketapang sambil buang bunting (iklan) haram seterusnya ke kawasan sempadan Duyung.

“Rondaan juga dilakukan di kawasan Perumahan Rumah Murah 100, Jalan Pantai hingga Sarang Labah dan tiada surat peringatan dikeluarkan dan sebanyak 17 banting (iklan) haram dibuangkan,” katanya, semalam.

Sementara itu, SRS KRT Teluk Ketapang dilihat berupaya mengurangkan penularan gejala sosial di kawasan berkenaan menerusi langkah proaktif diambil khususnya menerusi rondaan yang dijalankan.

Malah, keselamatan kejiranan penduduk di kawasan itu turut terjaga sekali gus dapat mengelak kejadian jenayah berlaku selain memudahkan pihak berkuasa untuk membuat pemantauan menyeluruh.

Artikel Berkaitan: