X

Kindly register in order to view this article
!

Budak lelaki hanyut dalam longkang

Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar dan dihanyutkan air dalam kejadian berhampiran sebuah hospital di Ampang petang tadi. (Gambar hiasan) Gambar kecil: Mohamad Farouk Eshak
A
A

AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia 12 tahun terjatuh ke dalam longkang besar dan dihanyutkan air dalam kejadian berhampiran sebuah hospital di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 5.30 petang.

"Sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian, usaha menyelamat sedang dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ampang dan Shah Alam," katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, usaha menyelamat kini dijalankan di kawasan kolam takungan air Jabatan Pengairan dan Saliran di Smart Tunnel, Berembang, Hulu Klang.

"Setakat jam 8 malam usaha mencari mangsa masih sedang giat dijalankan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!