X

Kindly register in order to view this article
!

MBSA siasat video tular kemalangan

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menjalankan siasatan berhubung penularan video klip yang memaparkan kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah trak tunda didakwa milik MBSA di Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning pagi tadi.
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menjalankan siasatan berhubung penularan video klip yang memaparkan kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah trak tunda didakwa milik MBSA di Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, pagi tadi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandang serius mengenai video tersebut.

"Pihak MBSA akan memanggil operator penundaan tersebut dan akan mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"MBSA sentiasa mengamalkan prinsip berintgriti dan tidak akan berkompromi terhadap perlakuanyang menyalahi undang-undang dan peraturan sedia ada," katanya kepada Sinar Harian.

Di ruangan komen netizen kebanyakannya mendakwa tindakan lori tersebut yang bertindak melanggar terlebih dahulu penunggang motosikal itu sebagai tidak bertanggungjawab.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!