YBR salur sumbangan kepada 450 mangsa banjir

Nazir (dua dari kanan) membuat gimik penyerahan bantuan berkenaan kepada Johan (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Wan Junaidi (tiga dari kanan).
Nazir (dua dari kanan) membuat gimik penyerahan bantuan berkenaan kepada Johan (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Wan Junaidi (tiga dari kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM90,000 kepada 450 keluarga di daerah Hulu Langat yang terjejas akibat kejadian banjir kilat pada 3 November lalu.

Bantuan berkenaan diserahkan kepada keluarga yang terjejas di sekitar kawasan Dusun Tua, Sungai Serai dan Kg.Dusun Nanding.

Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga terlibat ekoran musibah berkenaan yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda mereka.

"Hasil maklumat yang diterima, difahamkan secara keseluruhan seramai lebih 1,460 keluarga memerlukan bantuan merangkumi keperluan asas bagi meneruskan kelangsungan hidup," katanya selepas majlis penyerahan bantuan berkenaan, hari ini.

Hadir sama bagi menyempurnakan majlis penyampaian bantuan tersebut adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, penyerahan bantuan itu merupakan satu aktiviti kemasyarakatan seiring dengan keprihatinan kerajaan dalam memfokuskan kesejahteraan rakyat bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Inisiatif sebegini merupakan medium terbaik bagi pihak YBR sendiri untuk mendekati masyarakat serta mengeratkan ukhuwah silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Artikel Berkaitan: