X

Kindly register in order to view this article
!

Korea Selatan akan hasilkan 150 juta dos vaksin Covid-19 Rusia

Gambar hiasan.
A
A

MOSCOW - Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Jumaat berkata, ia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat bio-teknologi Korea Selatan GL Rapha untuk menghasilkan lebih 150 juta dos vaksin Sputnik V di Korea Selatan setiap tahun, lapor agensi berita Sputnik.

"Kedua-dua pihak bercadang untuk memulakan pengeluaran pada Disember 2020 dan pelancaran vaksin Sputnik V pada Januari 2021.

Memetik analisis sementara pertama hasil ujian klinikal fasa 3 Sputnik V yang melibatkan 40,000 sukarelawan, RDIF mendakwa keberkesanannya ialah 92 peratus.

"Sputnik V adalah berasaskan platform vektor adenoviral manusia yang selamat dan berkesan. Oleh kerana pandemik ini masih belum berakhir, lebih banyak negara mengenal pasti platform vektor adenovirus manusia dan merancang untuk memasukkan vaksin ini dalam portfolio vaksin nasional mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif RDIF, Kirill Dmitriev.

Menurut kenyataan akhbar itu, RDIF telah menerima permintaan lebih 1.2 bilion dos vaksin daripada lebih 50 negara dan mempertimbangkan untuk meningkatkan kemampuan pengeluarannya di luar negara. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!