Ziarah kubur sempena Deepavali dihadkan kepada lapan orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Jawatankuasa Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (WP) memutuskan aktiviti ziarah kubur hari ini sempena perayaan Deepavali esok dihadkan kepada lapan orang sahaja pada satu-satu masa.

CMC Jawatankuasa Keselamatan Negeri WP dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu termasuk dalam prosedur operasi standard (SOP) tambahan bagi sambutan Deepavali seperti diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, mesyuarat CMC yang dipengerusikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar memutuskan sambutan Deepavali dan aktiviti di rumah ibadat bukan Islam mengikut SOP yang ditetapkan MKN.

"Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan dengan had kehadiran 30 orang seperti ditetapkan MKN, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi rumah ibadat di WP.

"Upacara perkahwinan bukan Islam dibenarkan dengan kehadiran had maksimum 30 orang berdasarkan keluasan ruang dan penjarakkan fizikal di Jabatan Pendaftaran Negara, rumah ibadat atau Persatuan Agama Bukan Islam," katanya.

Menurut kenyataan itu, jumlah penganut di rumah ibadat bukan Islam untuk sebarang upacara adalah berdasarkan 1/3 keluasan untuk satu sesi.

Katanya, SOP PKPB di bawah aktiviti keagamaan ditetapkan MKN pada 8 November lalu iaitu aktiviti di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan dengan kehadiran ditetapkan MKN.

Artikel Berkaitan: