X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

Parti Suu Kyi menang besar pilihan raya Myanmar

Parti pimpinan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi memenangi majoriti besar undi dalam pilihan raya negara itu. - Foto AFP
A
A

YANGON - Parti pimpinan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi memenangi majoriti besar undi dalam pilihan raya negara itu berdasarkan kepada satu keputusan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, partinya, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) telah mengisytiharkan satu kemenangan besar berdasarkan kepada pengiraannya sendiri sekali gus menyebabkan para penyokong NLD meraikan kegembiraan di jalan-jalan raya.

Bagaimanapun, pengiraan undi masih lagi berlangsung lima hari selepas undian itu dilakukan oleh para pengundi Myanmar.

Ia merupakan pilihan raya kedua yang bebas selepas negara tersebut diperintah oleh junta tentera.

Keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya Myanmar hari ini menunjukkan NLD menang 346 kerusi iaitu lebih 50 peratus kerusi di Parlimen.

Sebanyak suku daripada kerusi Parlimen tersebut diperuntukkan kepada tentera di bawah perlembagaan negara itu.

Parti tersebut kini berada di atas landasan yang betul untuk memperbaiki kemenangan besarnya pada pilihan raya 2015.

"Orang ramai jelas menyedari keperluan NLD untuk memperoleh undi yang mencukupi bagi membentuk sebuah kerajaan mereka sendiri," kata jurucakap NLD, Myo Nyunt.

Katanya, kemenangan itu juga akan membantu meminimakan konflik politik di negara tersebut.

Parti pembangkang iaitu Parti Solidariti dan Pembangunan (USDP) telah memenangi 25 kerusi berdasarkan pengiraan pada hari ini.

Bagaimanapun, parti tersebut menuduh undi itu tidak adil dan bebas serta menuntut para pegawai Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya meletakkan jawatan dan pilihan raya diadakan sekali lagi.

Walaupun reputasi Suu Kyi di peringkat antarabangsa terjejas teruk berhubung krisis etnik Rohingya yang mana negara itu dituduh melakukan penghapuskan etnik, beliau masih disanjung tinggi di Myanmar. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!